May 20
2013

Tahniah..

hari ini sudah terjawab bila mana 10 exco yang dilantik tempohari telah pun diketahui portfolio masing – masing.

kami di Kuala Sentul.fm  ingin mengucapkan tahniah diatas perlantikan Datuk Shahaniza Shamsudin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia.

Semoga dapat berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang seperti yang dipesan oleh YAB Menteri Besar.

Posted in Uncategorized | Leave a comment
May 16
2013

Selamat hari guru

16 Mei sekali lagi kita meraikan hari yang cukup istimewa ini. Seperti kelaziman ramailah anak – anak kita yang beria benar membelikan hadiah untuk guru kesayangan mereka.

Tak kisahlah, samada hadiah yang dibelikan itu mahal atau tidak, yang penting si anak gembira dengan pemberian itu yang akan diserahkan kepada guru mereka.

Kita pun sebagai ibubapa pun turut sama gembira, sama – sama membelikan hadiah yang diminta si anak, tak mengapalah, kalau dulu bila tiba hari guru kita tidak pernah memberi, sama – samalah kita kongsikan dengan si anak sekali gus hadiah itu juga turut mewakili diri kita.

namun apa yang pentingnya, bukan pemberian hadiah yang guru itu inginkan. memetik kata – kata seorang guru, walaupun cuma sebatang pensil diberikan anak murid, sampai ke mati akan dikenang pemberian itu.

sebagai murid atau pelajar, penting untuk kita mengenang dan mengiktiraf jasa dan pengorbanan guru. kata orang tua, murid tidak akan kenal huruf jika tidak ada guru yang mengajarnya.

Akhir kata, kami di Kuala Sentul.fm dan juga daripada pihak Adun Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsudin mengucapkan selamat hari guru buat semua warga pendidik diseluruh negara dan di negeri Pahang khususnya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment
May 16
2013

6 muka baru antara 10 exco angkat sumpah

PEKAN: Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang di Istana Abu Bakar, di sini pagi tadi.

Barisan EXCO turut dibarisi enam muka baru iaitu ADUN Chini, Datuk Abu Bakar Harun; ADUN Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain; ADUN Guai, Norolazali Sulaiman; ADUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad; ADUN Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan ADUN Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Muka lama yang dikekalkan ialah ADUN Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin; ADUN Benta, Datuk Mohd Soffi Abd Razak; ADUN Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan ADUN Inderapura, Datuk Shafik Fauzan Sharif

Sementara itu sumber berkata Adun Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsudin berkemungkinan mengisi portfolio sumber manusia dan hal ehwal pengguna negeri.

Posted in Uncategorized | Leave a comment
May 13
2013

Ahmad Said bidas PAS mahu peruntukan sama dengan ADUN BN

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini membidas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS negeri, Ariffin Deraman yang mahu wakil rakyat PAS di negeri ini diberi peruntukan sama seperti wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Ini kerana katanya PAS yang pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 juga tidak menyalurkan peruntukan itu kepada wakil rakyat BN. “Di Kelantan, PAS menjadi kerajaan, ada mereka bagi peruntukan kepada wakil rakyat BN…begitu juga di Kedah dan Selangor pada penggal yang lepas, ada bagi kepada wakil rakyat BN,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ariffin dalam sidang akhbarnya semalam berkata peruntukan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) sepatutnya diberi kepada wakil rakyat daripada PAS, sama seperti yang disalur kepada Pegawai Pembangunan DUN (PPD) sebelum ini.

Mengenai dakwaan bahawa Ahmad seorang Menteri Besar pendendam dan emosi kerana tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di DUN dan Parlimen yang BN kalah pada pilihan raya umum ke-13, Ahmad berkata kini sudah tiba masanya wakil rakyat PAS menjalankan tanggungjawab itu.

“Bukanlah bermakna kami akan mengabaikan rakyat cuma kami akan gunakan kaedah pendekatan lain untuk membantu rakyat seperti melalui pemimpin setempat, pegawai daerah dan agensi kerajaan yang lain.
“Agenda merakyatkan pentadbiran dan pembangunan akan diteruskan kerana kita mahu semua rakyat menerima limpahan hasil kemajuan Terengganu yang semakin pesat untuk tempoh beberapa tahun akan datang dengan kualiti perkhidmatan awam yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Ahmad menafikan spekulasi kononnya beliau akan menjawat jawatan menteri besar untuk tempoh tertentu sahaja sambil memberitahu bahawa spekulasi seumpama itu telah tersebar sejak beliau dilantik menteri besar pada tahun 2008.

Ahmad memulakan tugas rasminya sebagai menteri besar Terengganu untuk penggal kedua di pejabatnya di Wisma Darul Iman pagi ini setelah BN memenangi 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri pada pilihan raya umum lepas.

Beliau turut memegang tiga lagi portfolio iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan dan Pelaburan; Tanah, Petroleum dan Sumber Asli serta Kerajaan Tempatan dan Perumahan. – BERNAMA

Posted in Uncategorized | Leave a comment
May 12
2013

Selamat Hari Ibu dan Hari Jururawat…

Salam pertemuan..

Semoga semua wanita yang bergelar ibu, mama, mami, umi, emak atau apa sahaja panggilan yang digunakan sejahtera dan gembira pada hari ini, esok dan hari – hari mendatang.

Kata orang ibu tidak semestinya dikenang atau diingati semasa hari ibu sahaja tetapi setiap hari perlu dihargai. Benar tetapi setidak – tidaknya bila ada hari istimewa ini, barangkali ibu akan diraikan oleh sesi keluarga, barangkali boleh berehat pada hari istimewa ini ( tempat itu diambil alih oleh ayah atau anak – anak ) dan jika si bapa atau si anak berkemampuan akan hadir pula buah tangan tanda cenderamata buat ibu tersayang. Bagi ibu hadiah bukanlah segala – galanya, apa yang penting kebahagian bersama insan tersayang termasuk anak – anak yang paling didambakan.

Hari ini juga kita kita turut menyambut hari jururawat. ermmm…. teringat zaman kanak – kanak cukup takut dengan insan berbaju putih yang turut dipanggil misi. Hari ini diseluruh negara terdapat lebih 100,000 jururawat yang bertugas di Hospital kerajaan dan swasta dan jumlah itu dijangka semakin bertambah apabila mereka yang sedang mengikuti pengajian di pusat pengajian tinggi ( awam dan swasta ) akan ‘keluar’ sebagai jururawat

Suka atau tidak, kita harus akui peranan jururawat ini bukan sahaja jururawat wanita tetapi juga jururawat lelaki yang semakin hebat memainkan peranan.

Selamat hari ibu dan hari jururawat daripada kami, pihak pengurusan Kuala Sentul.fm dan juga dengan ingatan tulus ikhlas daripada YB Adun Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Samsudin.

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment
May 12
2013

Senarai akhir barisan Exco Perak peringkat akhir – Zambry

Kuala Kangsar : Senarai pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) yang akan membarisi Exco kerajaan negeri Perak kini berada di peringkat akhir, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, barisan Exco negeri bakal menyaksikan pertambahan jumlah Exco berbanding sebelum ini.

 ”Kita juga akan pertimbangkan pelantikan khas sebab keadaan seperti yang kita tahu bahawa tidak ada wakil daripada masyarakat India. Kita nak bentuk kerajaan yang dapat mewakili semua (kaum),” katanya kepada pemberita selepas menyertai Larian Keputeraan Sultan Azlan Shah hari ini.

Mengenai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau melantik enam penasihat khas, Zambry berkata: “Depa cakap dan dengar macam-macam, sebelum menang dah kata menang, sekarang dah menang pun, dia tak puas hati lagi”.

Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Perak menang dengan majoriti mudah apabila menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pakatan rakyat memenangi 28 kerusi.

Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, UMNO memenangi 30 daripada 36 kerusi DUN yang ditandingi manakala MCA menyumbang satu kerusi iaitu DUN Chenderiang.

- BERNAMA

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment
May 11
2013

Terengganu tidak bercadang teruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan BN kalah

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

“Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.

“Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka,” katanya selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini, hari ini.

Ahmad bagaimanapun, berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri.

“Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN,” katanya.

Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu pada pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai.
Ahad lalu, BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu).

Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu, manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. – BERNAMA

Posted in Uncategorized | Leave a comment
May 11
2013

60 peratus muka baru isi 10 portfolio Pahang.

Kira – kira 60 peratus daripada EXCO Pahang kerajaan negeri bakal dibarisi muka baru bagi mengisi 10 portfolio yang dijangka menerima watikah perlantikan masing – masing khamis ini.

Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ahad lalu, lima daripada penyandang menang, manakala dua digugurkan. dua lagi bertanding kerusi Parlimen dan seorang meninggal dunia.

Menurut sumber, 4 ADUN akan dilantik semula kecuali ADUN Cheka, Datuk Foong Koong Fue berikutan keputusan MCA yang tidak mahu pemimpinnya menerima sebarang jawatan kerajaan berikutan prestasi buruk pada PRU tersebut.

Sumber berkata antara muka baru yang dilantik ialah bekas setiausaha sulit kanan menteri kewangan, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali yang menang besar di Peramu Jaya.

Beliau mungkin dilantik sebagai Pengerusi Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri manakala ADUN Tioman Datuk Johari Hussain atau ADUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad dijangka dilantik Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan badan badan bukan kerajaan negeri yang mana masing – masing mempunyai latar belakang dan kelulusan bidang keagamaan, kata sumber itu lagi.

Sumber juga berkata ADUN Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Samsudin juga dijangka dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri berdasarkan kecemerlangannya sebagai Ketua Penerangan Puteri UMNO.

Petikan daripada Berita Harian..

Posted in Uncategorized | Leave a comment
May 09
2013

Terima Kasih….

Terima kasih diucapkan kepada semua pengundi dun Kuala Sentul yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam PRU 13 tempohari.

Tahniah  juga diucapkan kerana telah memlih Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun ) yang lalu, Datuk Shahaniza Shamsuddin sebagai adun buat kali ke 2.

Dengan majoriti undi yang dilihat berlaku peningkatan, jelas menunjukkan pengundi dun Kuala Sentul masih lagi memerlukan khidmat Datuk Shahaniza sebagai wakil rakyat di Kuala Sentul.

Pastinya akan ada perancangan baru atau idea segar daripada YB Datuk Shahaniza Shamsudin untuk terus memajukan Kuala Sentul.

Tahniah juga diucapkan kepada Ahli Parlimen Maran Datuk Ismail Abdul Muttalib, Adun Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi dan Adun Chenor, Mohamed Arifin Awang Ismail atas kejayaan mengekalkan kecemerlangan Barisan Nasional disana.

Teruskan usaha dan khidmat terbaik anda sebagai wakil rakyat dan semoga mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Tahniah buat YB semua daripada kami pihak pengurusan Kuala Sentul.Fm

Posted in Uncategorized | Leave a comment
May 10
2012

Pemberitahuan…

Akan datang.... Kualasentul.fm

Ramai yang bertanya pasal penyiaran lagu diKualasentul.fm ketika ketiadaan dj. Sebenarnya lagu yang disiarkan semasa tiada dj bertugas, dijalankan secara auto run atau dalam bahasa melayu mudahnya,secara automatik melalui satu sistem server. Lagu – lagu akan disiarkan secara rawak oleh server dan kami dikualasentul.fm telah pun menghantar sejumlah lagu yang perlu dimainkan oleh server bekenaan. Lagu – lagu yang dihantar berdasarkan kegemaran semua dari tahun 60an,70an,80an,90an dan 2000 keatas.  Jadi jika secara kebetulan anda sedang mendengarkan kualasentul.fm saat ini, tiada pula dj bertugas, lagu – lagu yang disiarkan adalah secara automatik.

Bagi memahami serta mengambil kira selera para pendengar, kami amat -amat mengalukan pandangan anda mengenai lagu – lagu yang seharusnya ada dalam sistem kami. Anda perlu email kepada kami senarai – senarai lagu yang anda yakin, lagu itu mesti dimasukkan ke server. Emailkan kepada admin@kualasentul.fm .

Sekian terima kasih kerana menyokong kehadiran kami.

 

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment